Powered By Blogger

Friday, 26 August 2011

Salam Perantau

Salam buat semua....

            Pejam celik - pejam celik, tak terasa pula bulan yang penuh barakah ini sudah hampir kepenghujungnya... Bermakna Umat Islam serata Dunia bakal menyambut kedatangan Syahwal yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.


           Disini saya (ajim32) ingin mengambil kesempatan dan luangan masa yang telah diberkan kepada saya untuk Mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil-Fitri" buat semua.

           Sepuluh jari kususun memohon kemaafan dari khilaf yang mungkin tanpa disedari dilakukan mahupun diluahkan. Al Maklumlah...bukan semua yang ada dalam diri ini dapat diterima oleh orang lain kerana setiap insan pasti berlainan pendapat, pandangan dan peribadinya...

           Bagi yang telah mengikuti penulisan saya, saya meminta maaf jika pada bulan ini saya kurang berkongsi di blog ini. Kerana sebagai salah seorang Admin keutamaan dan komitmen perlulah saya berikan kepada perniagaan yang telah mendapat sambutan hangat dibulan ini.

           Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan teman semua yang mengenali diri ini.

Ikhlas Dari,
Ajim32.


Tuesday, 9 August 2011

Kongsi Cerita Dari Kawan...

Salam...
           Kali ini saya cuma nak 'share' apa yang di'share'kan di wall fb saya...
Jom kita kongsi sama-sama....



Roh di bulan puasa

by Fadzilah Hashim on Wednesday, August 3, 2011 at 11:04am
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.


Apa Pandangan Anda??......

Wednesday, 3 August 2011

Apa Ada Di Belakang Rumah??..

Salam semua…

        Apa yang ada di belakang rumah Anda?...Apa yang saya maksudkan disini, persekitaran yang terlindung dari pandangan Anda…
        Ini merupakan kali pertama Saya terlepas pandang tentang apa yang ada di persekitaran Saya, selama setahun menetap disini…

       Jumaat yang lalu (29hb Julai 2011),seperti lazimnya diwaktu hujung-hujung minggu begini, Kami biasanya akan bangkit dan keluar awal..
       Antara destinasi dituju pagi-pagi begini ialah Gerai Nasi Lemak Kak Midah ( Nasi Lemak & Lontong - J.B) di Pusat Bandar Darul Aman, Jitra. Sarapan dulu..he3…then baru tuju ke destinasi yang perlu kami tujui.

        Hari tersebut, kami tidak dibelengu sebarang hala tuju yang pastinya memberikan kami banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Cuma apa yang kami perlu lakukan ialah singgah ke maybank di pekan Jitra 3.
        Online banking dah ada..Cuma entah bila pulak kita akan dimajukan oleh teknologi yang tidak memerlukan mesin cash deposit (CDM) untuk memasukkan wang ke akaun bank.. He..he..he…..

        Selesai memasukkan wang, kami meneruskan perjalan untuk pulang. Kira-kira tiga simpang lagi membawa kerumah kami, entah macam mana saya berasa teringin membelok kekiri dan mengetahui apa yang ada disekitar kawasan ini..
        Boleh tahan pemandangan kerna boleh dikatakan hampir sepanjang laluan kami dapat melihat suasana “Dusun Buah-buahan” yang redup lagi sejuk dengan banyak gerai buah yang dibuka termasuklah Durian, Manggis, Rambutan, Dukong, Duku, Cempedak dan juga ada buah hutan yang saya tidak mengenalinya..

       Tidak sampai pun 15 minit pemanduan, saya dikejutkan apabila terlihat satu papan tanda “Hutan Simpan Bukit Wang” dengan symbol air tejun dan perkelahan  keluarga..
        Haaa????... betul ke nie? Sudah setahun menetap disini tidak pernah saya tahu terdapatnya satu pusat perkelahan denagan air terjun dan jeram diliputi hutan hujan khaltulistiwa yang sungguh menarik dan terpelihara terletak begitu hampir dengan tempat kediaman saya.


        Memang betul.. jika diperhatikan, Gunung yang berada dihadapan saya merupakan bahagian belakang Gunung yang terletak dibelakang rumah kediaman Saya…
       Saya mengambil kesempatan ini untuk turun dan mengambil beberapa keping gambar agar dapat Saya kongsikan bersama disini.








       Jam sudah Menunjukkan hampir kepukul 12 tengah hari.. memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat, Saya memulakan perjalanan pulang dan sekali lagi cuba untuk tidak menggunakan laluan yang sama..




        Walaupun hampir tengah hari, namun suasana berserta pemandangan menarik membuatkan saya tidak terasakan akan terik mentari. Pemandangan sawah padi yang dilihat sudah hampir masa untuk dituai dengan berlatar-belakangkan kampung, hutan dan gunung menarik perhatian Saya.


       Sebaik sampai saya dirumah, saya terus membuka Aplikasi Google Map dan membuat semakan direktori laluan perjalanan kami 
tadi.


     Sekian dulu…selamat menjalani ibadah puasa…