Powered By Blogger

Monday, 10 October 2011

Jom beli Hand Bag ....

Salam...
           Lama rasa tak patuk-patuk jari nie karang cerita kat sini.. maklumlah sambutan hangat (alhamdulillah...) penjualan Handbag agak meng'kritikal'kan keadaan sedia ada yang sememangnya sibuk.... Tapi "Duit" punya pasal apa pown jadi..he3...

Dikesempatan ini just nak share sedikit tips untuk dikongsikan bersama.... silalah baca....


Perbezaan Di antara Coach Original dan Coach Fake *Tiruan*



                 Baru-baru ni saya sibuk cari branded handbag untuk jualan. Cuba tanya mana-mana perempuan dalam dunia ni sekalipun, confirm ramai yang simpan angan-angan nak memanja-manjakan diri dengan barangan branded macam Louis Vuitton, Gucci, Coach, Calvin Klein, Chanel, Armani dan macam-macam lagilah brand yang kebanyakan outletnya wujud diabad ni. Masalahnya brand-brand macam ni lah biasanya dicari-cari. 

                Bila cerita pasal "branded"  for sure harga satu barang yang di jual tu je dah sama average gaji kita dapat setiap bulan . Yang hebatnya pasal barangan branded ni, ialah kepuasan dan feelnya. Especilly bila bergaya dengan barangan branded ni boleh buat si pemakai rasa macam "Wow, lihatlah aku bergaya dengan LV ni, ko ado ko?"... Apa-apa pun kalau setakat nak beli untuk bergaya lebih hebat depan orang lain, tapi bila balik rumah pulak dok pening kepala sambil makan maggi pun tak best jugakkan? Lainlah kalau betul-betul terlebih-lebih mampu macam Paris Hilton tu, syoklah jugak membelinya. 

                Habis untuk orang-orang yang kurang mampu, tapi berangan nak pakai baranganbranded, tak boleh nak beli ke? Haha~kenalah guna alternatif lain. Maklumlah barang-barang branded yang ada kat Malaysia ni semuanya dah kena 'tax' atau cukai sebab itulah harga dia melampau sampai tahap macam nak gantung diri. So, cara terbaik kalau nak dapat barangan branded ni, selain dari kirim kawan yang tinggal dekat oversea. Cari jelah blog-blog yang ada jual100% Authentic brand yang diinginkan. Kadang-kadang ada sesetengahnya yang jual lagi murah dari outlet tu sendiri. Cuma yang penting kenalah buat research sikit untuk ketahui design-design mana yang latest, baru ataupun lama. Tapi kalau barang yang kita beli sememangnya branded confirm takde orang pun peduli kecuali mereka yang memang kaki branded* kalau design dia ketinggalan 3-5 tahun kebelakang. Biasalahkan, bila beli direct terus dari oversea, ada sesetengah designnya takde jual pun dekat Malaysia. So, kira kelebihanlah untuk korang sebab guna barang yang tak masuk market Malaysia.

               Cuma yang penting, bila beli through internet ni, kenalah jaga-jaga sikit sebab takut terbeli yang bukan original/authentic (fake design). Contoh dekat sini, ingin dikonsikan bagaimana untuk mengetahui samada barangan tersebut adalah orginal atau pun tidak. Cukuplah kita tengok brand Coach je disini yang lain-lain similar but kalau nak cerita...etah bila boleh habis. 

Antara tips untuk membezakan antaraOriginal/Authentic Coach & Bukan Original (Ciplak) :-

1. Seperti yang anda sedia maklum, Coach kebiasaannya menggunakan signature 'C' untuk sebarang keluaran begnya. So, boleh perhatikan huruf 'C' pada Coach yang tidak ori, selalunya tidak bercantum/selari pada setiap sambungan/jahitan kemasannya. Lain pulak, dengan Coach yang ori, dimana setiap 'C'nya akan bercantum walaupun pada bahagian sambungan.



2. Setiap susun atur 'C' pada Coach tidak ori (fake) hanya memaparkan satu/single corak 'C' untuk setiap arah. Tetapi untuk Coach ori ianya melibatkan dua/double corak 'C' bagi setiap arah.


3. Adakalanya Coach tidak ori (fake) menggunakan huruf yang seakan-akan dengan 'C' sebagai contoh huruf 'O' ataupun 'G'. Jadi telitikan perkara ini sewaktu korang membelinya.


                 4. Perhatikan juga Sleeper Bags atau Dust Bags yang biasanya disertakan sekali apabila membeli beg Coach. Dust bags bagi Coach yang ori sepatutnya berwarna coklat gelap dengan tali yang berwarna merah dengan perkataan Coach di atasnya.



                     5. Tag berlogo Coach (yang biasanya ada rantai besi bersambung padanya) untuk Coach ori, ianya mestilah sepadan dengan warna beg Coach tersebut dan bukan diperbuat dari plastik keras. Malah logo Coach yang dipamerkan padanya juga adalah timbul (stamped) dan bukan sekadar dicop pada bahagian atasnya. Walaubagaimanapun ada sesetengah beg Coach tidak disertakan sekali dengan tag logo ini mengikut design tertentu, jadi  buatlah research/kajian mengenai beg yang di inginkan itu sebelum membelinya.

                  6. Nombor siri (serial number) untuk setiap beg Coach yang ori ada dipaparkan di bahagian dalam beg Coach, yang penting kita kena pastikan terdapat 4 nombor selepas tanda sengkang/dash. Tulisannya juga hendaklah berhuruf besar, timbul dan mestilah berbahasa Inggeris *kalau bahasa melayu, memang sahih tak ori :).


             7. Selain itu, anda boleh menilai sendiri bagaimana rupa beg Coach yang tak ori  berdasarkan pada kekemasan jahitannya, keadaannya yang tidak kukuh/tegap, pengunaan material yang murah, terdapat lebihan gam pada bahagian tertentu dan gaya beg itu sendiri yang tidak memaparkan ciri-ciri original.


Akhir sekali kawan-kawan, bershoppinglah secara bijak. At least, bila beli barang yang ori tu kita tahu kualiti dia boleh tahan bertahun-tahun ( kalau dah kena tipu, terbeli yang tiruan ). Daripada anda melabur membeli yang tiruan, lepas tu pakai tak sampai 2-3bulan dah tertanggal. Ada baiknya anda kumpul duit beli yang ori, at least hati pun gumbira. Betul tak? ;)
p/s : Bila dah baca entry ni, hah!!~ jangan pula di abeskan duit suami anda sudah. Haha~ kalau nak cari yang ori...boleh beli disini..kalau just nak sama quality but very low budget click yang ni.