Powered By Blogger

Wednesday, 29 June 2011

Bill T.N.B Anda Tinggi??.... Anda Ditipu Sebenarnya.

Salam semua,

            Belum ada kesempatan lagi untuk berkongsi artikel yang menunjukkan bahawa betapa kita tidak sedar yang kita kini telah beberapa bulan DITIPU oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad (T.N.B)...

             Betul, jangan tak percaya...sebelum Saya dapat siarkan hasil penyiasatan saya (terdapat masaalah dengan mesin pengimbas @ scanner saya), adalah dinasihatkan supaya anda dapat mengumpul kembali bill-bill yang anda telah bayar dari seawal tahun lepas (dari bulan Oktober 2010 pun tak apa),atau pun dari awal 2011 hingga Bill terkini dan saya akan terangkan bagaimana ANDA DITIPU..

              Jika anda cukup bijak, cuba perhatikan Bill-bill anda terutama PENGGUNAAN dan paling penting 'BACAAN METER'....adakah ianya relevant ??.....

Adakah Ianya mengikut TARIFF bacaan yang baru ini?...


Nantikan artikel yang bakal saya publishkan...

           Bagi mereka yang boleh membaca jadual jangka dengan baik,sila kaji...jika kurang faham boleh nantikan artikel yang tertunda atau pm saya di fb,gmail,yahoo,skype,tweeter,youtube dan sengkatan dengannya..(ajim32@......).
          
 Bagi rakan-rakan Facebook saya, sila pm untuk penerangan 'percuma' untuk tuntutan atau tujuan fail kes...

Salam....

Sunday, 26 June 2011

Sejauh Mana Kepentingan Anda Betudung ?..

Salam buat semua..


           Sekali lagi Saya tertarik menyentuh tentang pemakaian yang berkonsepkan MUSLIMAH, tetapi sejauh manakah ianya berlandaskan ajaran Islam?. Pandangan Saya tidak lebih merujuk kepada ianya sekadar Fasyen atau trend wanita bertudung yang telah dieksploitasikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sahaja.


                              Ini imej 'Faiezah Elai' yang disunting dari blog artis.
                                
           Soal selidik yang Saya pernah lakukan semasa berada di Kedah (salah sebuah negeri yang di NAMA kan kuat berpegang dengan ajaran Islam), mendapati majoriti wanita disini bertudung ketempat kerja atau ke majlis kerana.. "secara kebetulan rakan-rakan sepejabat mereka 'Bertudung' dan mengelak diri dari asyik ditegur". Sedangkan yang menegur pun tidak bertudung diluar pejabat malah ada yang saya lihat, terus menanggalkan tudungnya sebaik sampai atau masuk ke kereta ketika pulang...


           Walaupun Saya bukan dikalangan Alim Ulama, namun saya juga mampelajari ilmu agama dan bersekolah ugama seawal 'madrasah' lagi. Untuk apa kita perlu menegur orang lain jika kita tidak menjiwainya. Saya sifatkan ianya hanya sebagai satu ajakan sahaja.
        
          Disini Saya selitkan satu imej berpakaian 'BERTUDUNG' yang 'sopan' tetapi tidak sopan sebenarnya. Sebenarnya ramai yang berpakaian sebegini disini..kalau tidak percaya, boleh anda saksikan sendiri jika ke tempat-tempat seperti Masjid Zahir atau Pasaraya TESCO mergong. Tempat-tempat lain tak payah sebut jika fenomena yang anda saksikan sudah cukup memualkan anda.



          Trend Berpakaian begini sudah dianggap biasa di Negara Kita. Secara kebetulan.. ketika Saya singgah untuk mengisi minyak kereta di salah sebuah stesen minyak PETRONAS Bandar Darul Aman, Jitra  yang seingat saya jam 9.30malam, ketika menunggu cashier swap kad kreadit untuk minyak dan snack, seorang gadis 'bertudung' memakai baju-t (lengan digulung) memakai helmet separuh tampil membuat pembayaran. 


          Masih tiada apa yang saya rasakan pelik jika dia berpakaian sebegitu, tetapi sebaik keluar dari MESRA mart saya tergamam bila terlihat gadis tadi yang bertudung...... hanya mengenakan 'LEGGING' nipis yang 'PENDEK' yang saya jankakan 3 inci dari paras lututnya..
   
       Adakah ia masih dianggap sopan?..berlegging singkat dan berbaju-t yang digulung lengan dikenakan dengan 'TUDUNG'..?. Tindakan sebegini hanya boleh kita anggap sebagai "MENGHINA ISLAM"..jika beliau tidak bertudung, ia merupakan cara berpakaian yang biasa. Sehingga kini saya masih terfikirkan Motif sebenar dan cukup saya anggap sekar meminta perhatian sahaja..."KESIAN", perlu ke ?. 
         
         'KEKESALAN' dan 'KEKECEWAAN'  Saya terbit kerana Saya kehabisan bateri Ipad saya waktu itu. Jika tidak tentu dapat Saya rakam agar dapat kita saksikan bersama-sama.


                                               Gambar dari hafiz rahman.
           "Kesian...Kesian...Anak Sapew Ar Tuh???"...
Cermin-cermin lah diri bila berpakaian.

Saturday, 25 June 2011

"Bijakkah anda menjadi pengguna Facebook??"

             "Bijakkah anda menjadi pengguna Facebook??".... Apakah yang cuba disampaikan disini????.. Bukankah anda semamangnya bijak mengunakan Facebook?.. Hahaha..betul lah tu tetapi, masih perlu menjadi lebih bijak dan waspada dengan tindak tanduk yang kita lakukan barulah anda bijak.
              Kalau anda faham mengapa kita perlu bertindak seperti “Admin” yang menguggurkan saya dari halaman mereka, mungkin perkara yang saya cuba sampaikan ini juga menjadi salah satu tindakan anda juga.
             Memang tak dapat nak dinafikan bahawa di facebook terdapat ‘spammer’ yang tidak berputus asa mencuba untuk meng ‘spam’ wall orang ramai mungkin bertujuan untuk merosakkan facebook.. Saya juga tidak peduli jikalau mereka ingin rosakkan facebook, tapi kalau dah dikira ‘menyemak’ di wall facebook ..siapa yang tidak marah??..kalau sikit masih boleh tahan,tapi kalau dah berderet-deret? Mau penuh wall kita untuk dia sahaja..seolah-olah kita dijadikan pengikut ataupun ‘penganut’ yang menyembah penuh dekat dia. Menjadi penyampai dan pendakwah mereka secara percuma.
              bagaimana spammer ini BOLEH terjadi?.. SEBABnya ANDA SENDIRI..Ya!..bukan nak salahkan sesiapa, tapi ada sesetengah user yang sengaja click atau tidak berfikir dahulu sebelum click .. Ambil contoh dibawah.



        video ini mengatakan anda berada di video tersebut?.kemudian mendapat viewer yang tinggi..mustahil..tetapi..kenapa anda click juga?..sebaik ianya di click, anda secara tidak langsung telah menyebarkan spam ini..




        Perhatikan link ‘frot.co’ pown memang sah lah tak boleh percaya..emm..kenapa ada juga orang yang suka-suka click dan menyebarkan spam-spam seperti ini???..jika anda klick, maka anda lah yang bertanggungjawab menyebarkan spam ini sebenarnya…
       Ini hanya satu contoh, terdapat pelbagai lagi spammer dimana kadang-kadang dirasakan tak logik tetapi anda click juga padahal memang sudah ternyata ianya spam malahan menggunakan tajuk-tajuk berbaur ‘keislaman’,walhal mereka lah yang berusaha keras menanamkan semangat benci sesama manusia serta Berjaya menghasut anda kearah perperangan ..melainkan anda memang berniat untuk menjadi spammer dan mahu facebook anda di delete. silakan lah sebarkan lah spam seperti ini..
       Jika ada url seperti http://goog..co/stf <—sah lah ini penipu kerana menggunakan shorten link untuk menyorokkan spam link tersebut…
-Tahukah anda ada sesetengah link atau application yang di klik akan memberikan kesan kepada FB malah komputer anda-
     Jika anda terlampau banyak sangat sebarkan spam ini dan ada yang ‘mark as spam’ kepada anda. Maka jadilah anda sebagai ‘spammer’, kemungkinan untuk facebook anda di delete oleh facebook amatlah tinggi..Oleh itu berfikir dahulu sebelum anda membuat tindakan,mungkin tiada kesan pada anda, tapi bagaimana dengan rakan-rakan yang senantiasa memaki hamun???..Percuma dapat dosa..hahaha..Konklusinya Jadilah pengguna bijak tidak kira di facebook atau dimana-mana laman yang anda lawati juga.



Terlajak Perahu,Terhutang Kemaafan.

           Hai lah nasib...orang tua-tua selalu berpesan,"terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa"...errr...camni kot bunyi kiasan lama tu..he3..teruk bahasa melayu saya ni yer..kena buat ulangkaji semula barangkali...cuma apa yang ingin saya kongsikan disini ialah..

           Memang saya begitu minat mengikuti rancancangan radio singapura di frekuansi 89.7fm atau nama siaran 'Ria 89.7fm' dan rancangan tersebut diberinama Misteri Jam 12 (MJ12) bersama Deejay KC yang bersiaran pada jam 12 tengah malam dari isnin hingga jumaat...




            Memang menarik dan banyak cerita serta pendapat maklumbalas pendengar-pendengar siaran ini. Boleh dikatakan banyak juga komen-komen saya mendapat perhatian baik pendengar ataupun dari pihak Admin dan dejay kc sendiri. Kira-kira  dua bulan yang lalu saya telah menyertai fan's club Mj12 baik di web rasmi juga di Face Book Mj12 sendiri...

             Malam ini rancangannya sungguh menarik...lebih menarik lagi bagi kami yang memantau di Face Book kerana agak bebas menyatakan dan menyuarakan pendapat kami disana. Oleh kerana asyik kami bertukar-tukar pendapat sambil mengikuti rancangan tersebut secara langsung dari stream internet radio, saya telah agak marah dengan gangguan dari salah seorang pemanggil. Tanpa sedar saya telah menulis "Bodoh!!!....buang masa orang sahaja". Memarahkan si pembuat panggilan tadi di dinding Face Book Deejay KC...

             Hahahahaaa...Nak tau apa jadi???.....sah lah saya terus di 'block' oleh filter Admin page tersebut...hurm... betapa kecewa dapat dirasakan apabila digugurkan dari laman tersebut....tapi, apa boleh buat..itulah yang dikatakan 'sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya'..Punca yang sedikit telah menjadikan satu perubahan dihati ini...



               Kesal, memang kesal juga tetapi apakan daya.."Nasi dah menjadi Bubur", dan "Pengalaman Mendewasakan", saya terima apa yang terjadi serta cuba menenangkan keadaan saya dengan menarik nafas panjang.
              Alhamdulillah..lega rasanya. Walau saya masih boleh mengikuti laman tersebut,saya hanya tidak dibenarkan untuk berinteraksi dengan pendengar-pendengar lain seperti sebelum ini.

             Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan disini sebagai peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati ketika berinteraksi, memberikan pendapat serta komen di mana-mana laman, gambar atau video walaupun pemiliknya semamangnya anda kenali agar kita sebaik-baiknya memikirkan semula apa yang ditulis sebelum dihantar.
             Kita perlu tahu bahawa kita bukan sekadar berinteraksi dengan si empunya laman tersebut sahaja malah setiap apa yang kita sampaikan juga dapat dilihat dan dibaca oleh orang lain yang mungkin bebeza pendapat dan penilaiannya. Saya cukup bersetuju dengan kata-kata seorang Pengarah di Kementerian Kesihatan yang saya kenali bahawa 'Pangkat kita mungkin sama, tetapi akal fikiran dan Taraf Pelajaran membezakan kita'.

             Disini, saya bagi pihak diri saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Deejay KC' champion, pihak Mj12, Admin, Ria 89.7fm serta Mediacorp diatas kesilapan yang saya lakukan.

             Saya juga masih didalam proses akhir penyiasatan dan menyiapkan penulisan saya yang cuba membongkar satu kes yang saya anggap sebagai 'Penipuan' yang saya alami dari pihak pengurusan bacaan meter 'Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia' kerana apa yang bakal saya paparkan kelak akan melibatkan ramai pihak dan pengguna, mungkin juga bakal menimbulkan sedikit konrovesi sekiranya ia didedahkan kepada umum.

              Sekian, salam...

Thursday, 23 June 2011

Anak Kurang Upaya (O.K.U)

Minggu lalu, saya ke Hospital Jitra untuk menghantar Isteri yang tidak sihat untuk rawatan kerana berdekatan kediaman kami. Disana pandangan saya telah dicuri oleh seorang anak remaja yang pergerakannya kelihatan seperti masih dikawal ibunya...

Dari belakang, saya dapat mengagak mengapa perlakuan tersebut dilakukan si Ibu kerana fizikal si Anak yang terlihat dari belakang memberitahu saya bahawa beliau seorang o.k.u. Lebih sahih bila si Anak memaling mukanya kearah saya sambil tersenyum. Sah si Anak tadi menghidap Autisma (Mild Autisma), kerana fizikal yang tidak banyak berubah dibanding kita yang normal cuma boleh saya katakan yang Anak-anak Autisma sememangnya mempunyai raut wajah yang menarik,kadang-kadang jauh lebih menarik daripada anak-anak yang normal.


Sumber-Autism Mystery

Saya dapat melihat si Ibu hanya tersenyum sinis seakan-akan malu Anaknya bersifat sedemikian. Senario ini  membuatkan Saya teringat pada satu masa dahulu saya juga pernah melibatkan diri sebagai N.G.O bagi pertubuhan kanak-kanak istemewa sewaktu di Johor Baharu dan juga beberapa kali menghari kursus, seminar, parent group, health talk serta banyak lagi aktiviti-aktiviti oleh pihak kementerian kesihatan.

Sekiranya anda juga mempunyai Anak seperti yang diatas, adakah anda juga berasa malu untuk mengetengahkan atau memperlihatkan  Anak anda kepada masyarakat?...tepuk dada tanya selera.
Saya cuma berpendapat bahawa mereka juga mempunyai hak untuk bersosial  malah tahukah anda bahawa mereka juga akan menjadi lebih baik, berkeyakinan dan membantu merawat keadaan mereka sekiranya mereka ini lebih banyak diketengahkan dan dibawa untuk bersosial.


                                                              Sumber-Autism Mystery

Jika Anda adalah Ibu/Bapa/Penjaga mereka....Apakan tindakan anda?

First Time...

Semua orang ada "First time" dalam sejarah hidup mereka, saya tak ter'kecuali'lah jugak, apa yang penting jika kita tidak mencuba,kita tidak akan tau apa hasilnya..




"Kalau Tidak Di Pecahkan Ruyung,Manakan Dapat Sagunya"...

tapi, terus terang cerita,kat sini saya tak ada nk bagi Sagu,sebab kat Kedah nie lebih senang jumpa pokok Padi dari Sagu..he3...
Terus terang cerita, saja je nk try create blog nie and like to share anythings and many things yang kita sama-sama boleh share kot..just be patient to wait for coming issue...

Dengan harapan kat 'Warung Catuk Blog" nie kita boleh jadikan 'Port', tempat borak-borak, lepak-lepak sambil bersantai kita bersama.