Memang saya begitu minat mengikuti rancancangan radio singapura di frekuansi 89.7fm atau nama siaran 'Ria 89.7fm' dan rancangan tersebut diberinama Misteri Jam 12 (MJ12) bersama Deejay KC yang bersiaran pada jam 12 tengah malam dari isnin hingga jumaat...
Memang menarik dan banyak cerita serta pendapat maklumbalas pendengar-pendengar siaran ini. Boleh dikatakan banyak juga komen-komen saya mendapat perhatian baik pendengar ataupun dari pihak Admin dan dejay kc sendiri. Kira-kira dua bulan yang lalu saya telah menyertai fan's club Mj12 baik di web rasmi juga di Face Book Mj12 sendiri...
Malam ini rancangannya sungguh menarik...lebih menarik lagi bagi kami yang memantau di Face Book kerana agak bebas menyatakan dan menyuarakan pendapat kami disana. Oleh kerana asyik kami bertukar-tukar pendapat sambil mengikuti rancangan tersebut secara langsung dari stream internet radio, saya telah agak marah dengan gangguan dari salah seorang pemanggil. Tanpa sedar saya telah menulis "Bodoh!!!....buang masa orang sahaja". Memarahkan si pembuat panggilan tadi di dinding Face Book Deejay KC...
Hahahahaaa...Nak tau apa jadi???.....sah lah saya terus di 'block' oleh filter Admin page tersebut...hurm... betapa kecewa dapat dirasakan apabila digugurkan dari laman tersebut....tapi, apa boleh buat..itulah yang dikatakan 'sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya'..Punca yang sedikit telah menjadikan satu perubahan dihati ini...
Kesal, memang kesal juga tetapi apakan daya.."Nasi dah menjadi Bubur", dan "Pengalaman Mendewasakan", saya terima apa yang terjadi serta cuba menenangkan keadaan saya dengan menarik nafas panjang.
Alhamdulillah..lega rasanya. Walau saya masih boleh mengikuti laman tersebut,saya hanya tidak dibenarkan untuk berinteraksi dengan pendengar-pendengar lain seperti sebelum ini.
Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan disini sebagai peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati ketika berinteraksi, memberikan pendapat serta komen di mana-mana laman, gambar atau video walaupun pemiliknya semamangnya anda kenali agar kita sebaik-baiknya memikirkan semula apa yang ditulis sebelum dihantar.
Kita perlu tahu bahawa kita bukan sekadar berinteraksi dengan si empunya laman tersebut sahaja malah setiap apa yang kita sampaikan juga dapat dilihat dan dibaca oleh orang lain yang mungkin bebeza pendapat dan penilaiannya. Saya cukup bersetuju dengan kata-kata seorang Pengarah di Kementerian Kesihatan yang saya kenali bahawa 'Pangkat kita mungkin sama, tetapi akal fikiran dan Taraf Pelajaran membezakan kita'.
Disini, saya bagi pihak diri saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada Deejay KC' champion, pihak Mj12, Admin, Ria 89.7fm serta Mediacorp diatas kesilapan yang saya lakukan.
Saya juga masih didalam proses akhir penyiasatan dan menyiapkan penulisan saya yang cuba membongkar satu kes yang saya anggap sebagai 'Penipuan' yang saya alami dari pihak pengurusan bacaan meter 'Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia' kerana apa yang bakal saya paparkan kelak akan melibatkan ramai pihak dan pengguna, mungkin juga bakal menimbulkan sedikit konrovesi sekiranya ia didedahkan kepada umum.
Sekian, salam...



No comments:
Post a Comment