"Bijakkah anda menjadi pengguna Facebook??".... Apakah yang cuba disampaikan disini????.. Bukankah anda semamangnya bijak mengunakan Facebook?.. Hahaha..betul lah tu tetapi, masih perlu menjadi lebih bijak dan waspada dengan tindak tanduk yang kita lakukan barulah anda bijak.
Kalau anda faham mengapa kita perlu bertindak seperti “Admin” yang menguggurkan saya dari halaman mereka, mungkin perkara yang saya cuba sampaikan ini juga menjadi salah satu tindakan anda juga.
Memang tak dapat nak dinafikan bahawa di facebook terdapat ‘spammer’ yang tidak berputus asa mencuba untuk meng ‘spam’ wall orang ramai mungkin bertujuan untuk merosakkan facebook.. Saya juga tidak peduli jikalau mereka ingin rosakkan facebook, tapi kalau dah dikira ‘menyemak’ di wall facebook ..siapa yang tidak marah??..kalau sikit masih boleh tahan,tapi kalau dah berderet-deret? Mau penuh wall kita untuk dia sahaja..seolah-olah kita dijadikan pengikut ataupun ‘penganut’ yang menyembah penuh dekat dia. Menjadi penyampai dan pendakwah mereka secara percuma.
bagaimana spammer ini BOLEH terjadi?.. SEBABnya ANDA SENDIRI..Ya!..bukan nak salahkan sesiapa, tapi ada sesetengah user yang sengaja click atau tidak berfikir dahulu sebelum click .. Ambil contoh dibawah.
video ini mengatakan anda berada di video tersebut?.kemudian mendapat viewer yang tinggi..mustahil..tetapi..kenapa anda click juga?..sebaik ianya di click, anda secara tidak langsung telah menyebarkan spam ini..
Perhatikan link ‘frot.co’ pown memang sah lah tak boleh percaya..emm..kenapa ada juga orang yang suka-suka click dan menyebarkan spam-spam seperti ini???..jika anda klick, maka anda lah yang bertanggungjawab menyebarkan spam ini sebenarnya…
Ini hanya satu contoh, terdapat pelbagai lagi spammer dimana kadang-kadang dirasakan tak logik tetapi anda click juga padahal memang sudah ternyata ianya spam malahan menggunakan tajuk-tajuk berbaur ‘keislaman’,walhal mereka lah yang berusaha keras menanamkan semangat benci sesama manusia serta Berjaya menghasut anda kearah perperangan ..melainkan anda memang berniat untuk menjadi spammer dan mahu facebook anda di delete. silakan lah sebarkan lah spam seperti ini..
Jika ada url seperti http://goog..co/stf <—sah lah ini penipu kerana menggunakan shorten link untuk menyorokkan spam link tersebut…
-Tahukah anda ada sesetengah link atau application yang di klik akan memberikan kesan kepada FB malah komputer anda-
Jika anda terlampau banyak sangat sebarkan spam ini dan ada yang ‘mark as spam’ kepada anda. Maka jadilah anda sebagai ‘spammer’, kemungkinan untuk facebook anda di delete oleh facebook amatlah tinggi..Oleh itu berfikir dahulu sebelum anda membuat tindakan,mungkin tiada kesan pada anda, tapi bagaimana dengan rakan-rakan yang senantiasa memaki hamun???..Percuma dapat dosa..hahaha..Konklusinya Jadilah pengguna bijak tidak kira di facebook atau dimana-mana laman yang anda lawati juga.




haaa....baca contents dulu,nilai laman dan perisian...tengok dan cuba fahamkan apa yang sebenarnya masej yang cuba disampaikan...apakah ia berupa satu ajakan yang bermotifkan kebaikan atau sebaliknya..
ReplyDelete