Powered By Blogger

Tuesday, 26 July 2011

‘Makhluk Asing Disisi Anda’...Awas!!!...

            Salam Semua..

                                Tengkorak Makhluk Asing 

             Semalam..(Isnin 25hb Julai 2011), Entah macam mana dalam ‘boring-boring’ Saya layari Tonton.com dan ‘Terlayan’ rancangan Wanita Hari Ini (WHI) saluran TV3 Malaysia yang membawakan topik “Mangsa Fashion”. Tetamu undangannya ialah seorang Pakar Senireka Malaysia, Artis ‘Comel’ Enot yang begitu kesian Imejnya dan ‘Lady Gaga..k’ Malaysia tak lain,tak bukan.. Didie Alias.

             Rancangan tersebut cuba memaparkan betapa Artis-artis di Hollywood berpakaian seolah-olah tak cukup kain ketika berada di ‘Red Carpet’. Memang seronok pengacara ‘WHI’ membincangkan topik tersebut kepada Artis Jemputan kita.

              Apa yang mendapat perhatian saya bukanlah cara pemakaian Artis kita atau Artis luar tersebut, Tetapi…Cara berpakaian atau fashion ‘Pengacara’ tersebut sendiri ( Rina )..errr..Anda cubalah tengok dan nilai sendiri apa yang dipakainya pada Saya beliau amat memerlukan khidmat seorang perunding fashion sebelum bercakap mengenai fashion.

                                   sumber : slockphoto

               Nak lagi ‘best’..dah lama saya tengok gaya bertudungnya. Terus terang Saya katakan, saya memang tidak menggemari  wanita yang bangga bertudung sedemikian. Saya akui memang Saya bukan seorang ‘Muslim Sejati’ tetapi saya cukup meluat dengan perbuatan yang boleh Saya ungkap sebagai ‘Menghina’ dan  ‘mempersendakan’ Islam itu sendiri.

              Bertudung adalah wajib keatas wanita (menutup aurat) daripada dilihat oleh bukan mukhrimnya. Tahniah..Memang Anda tak salah kalau bertudung..’Tetapi’ betulkah cara anda memakainya atau kerana IKUTAN?..

                                sumber : blogger- blog Artis

            Tahukah Anda bahawa seorang ‘NUN’ didalam Kristian bertudung? .Wanita ‘Hindu’ dan dewa ‘Quan Yin’ juga bertudung? ..Cuba lihat kembali gaya tudung Anda…adalah menyedihkan apabila ia menyerupai gaya-gaya mereka dan jauh sekali sebagaimana ianya dituntut dalam Islam. Astaghfirullah hal’azim.. pulangkan lah kami kejalanmu ya Allah..

            Ibubapa Moden juga boleh dipersalahkan kerana telah mengajar anak-anak mereka bertudung sedemikian sejak awal usia mereka lagi…contohnya,




             Kasihan sungguh bila melihat sicomel ini dijadikan mangsa fashion ibubapanya..sedangkan beliau Cuma faham bahawa “Bertudung adalah menjadi tuntutan didalam Agamanya”..

            Ada juga pakar mengatakan bahawa tindakan sedemikian mampu  mendatangkan kemudaratan seperti terbantutnya kecerdasan dan daya fikir kanak-kanak tersebut. Ini  kerana pada usia yang begitu awal dia telah dikerah membawa satu beban untuk ditampung oleh kepalanya yang pada masa itu merupakan masa yang sangat penting untuk tumbesaran otak si kecil ini.


             Gaya ‘Bertudung Islam??’ini juga sering kita lihat dikenakan untuk ke UPACARA PENGKEBUMIAN Masyarakat China, Korea dan juga Jepun.
“Kira gaya Internasional lah juga ni”…


              Jadi adalah benar jika Saya katakan bahawa Makhluk Asing yang pernah muncul di Bumi ini memang benar-benar Wujud dan telah lama berada disisi kita hingga kini? Bukan itu sahaja..malahan koloni mereka juga telah beranak-pinak dan mempunyai berbagai variasi..



             Mungkin juga selepas ini kita boleh melihat beberapa gaya baru yang bakal menjadi trend generasi yang akan datang seperti….

                                 Ataupun..

             Yang lagi comel macam ni….he3…

Salam.



Sunday, 24 July 2011

Ramadhan Al-Mubarak Kembali Lagi...

Salam Semua..

           Pejam-celik, pejam celik....dah nk jumpa lagi bulan yang teristimewa dan besar fadhilatnya buat umat islam semua...
          Bulan kesyukuran Yang penuh dengan Rahmat dan pada bulan ramadhan ini juga terdapat satu malam yang dicari-cari atau pun menjadi "BURUAN" bagi mereka-mereka yang mencari Rahmat keampunan dari Allah s.w.t. iaitu malam 'Lailatul-kadar'.
          Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Menjalankan Ibadah Puasa" buat semua.Semoga mendapat 'keberkatan disebalik keinsafan akan kedaifan'.


          Setiap kali datangnya Ramadhan, ia membawa bersama "REZEKI" buat semua. Bagi para peniaga, bulan ini memang ditunggu-tunggu. Kerana ia berupa Bonus kepada mereka setelah hampir setahun graf keuntungan agak mendatar melonjak NAIK.
          Saya sebagai Admin Mentari Emas dan Mentari Emas Online Store, mengucapkan selamat datang ke Boutiq on-line kami di facebook yang menyajikan pilihan pakaian raya dan emas sadur 916k untuk wanita masa kini. Lawatilah facebook kami sebelum stok kami kehabisan.


Koleksi kebaya nyonya dan kebaya sulam Indonesia merupakan koleksi perhatian yang sungguh diminati.

          Website kami masih dalam penyelengaraan dan mungkin dapat dilawati sepenuhnya seawal Syahwal. Ini kerana keadaan permintaan yang menggalakkan dari rakan-rakan facebook telah mengalih perhatian kami untuk menumpukan perhatian kepada Laman Web kami.

       
          Sekiranya anda terlewat, sila lah ke booth yang bakal dibuka ditapak KONVO - U.U.M Perlis awal Oktober ini. Kami akan berada disana selama seminggu untuk anda lawati.
 Jumpa Disna.

Anda Nak Jaga Kucing?..

Tip Asas Nak Jaga Kucing - Alam Kucing

              Anda Minat Untuk Menjaga Kucing Ini???.....        

            Anda berminat untuk membela haiwan ini?...tapi tiada pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikannya?..
            Jom kita sama-sama mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dari segala sudut dan aspek perihal Kucing baik dari sudut kesihatan, latihan, pengendalian ataupun masaalah-masaalah berkaitan dengannya.
             Nama Dia HyeLyn..Kejap je dah 8 bulan..he3..
             Lahir 1hb December 2010 - Semi Flat Persian.

     Kelik link diatas (Tips Asas Nak Jaga Kucing)..anda pasti berjaya melangkah ke alam dan dunia KUCING.......
            Selamat Datang dan " Sayangilah Haiwan Perliharaan Anda"..
                 Pagi-pagi memang suka melepak kat depan rumah.
Dah dapat berjemur baru nak mandi dan gosok gigi. Itulah aktiviti pagi dia.
                  Jual?..sorry..."Talak Jual maaaa....." 3bulan yang lepas dah publish RM1,800.00 tapi each time diaorang call nk beli, tak jadi jual...... heheheheeeee......

               Sharing Is Caring!........Good luck. : )

Monday, 4 July 2011

Bil Letrik T.N.B Pada Kenaikan Tarif Baru (Bhg.2)

Salam Semua,

           Mari kita sambung cerita....pastikan anda faham bahagian 1, kerana Saya akan mendalaminya.

            'Bacaan Bulanan' memberi maksud bacaan 'yang dibuat' pada setiap bulan. Tertera dibelakang bill bulanan menjelaskan bahawa Kod N digunakan untuk merujuk Bacaan Bill Sebenar, A -Purata (meter rosak),  E-Anggaran di permis, O-Anggaran dipejabat TNB manakala S-Bill Khas.

           Jika Anda perhatikan Jadual Saya, hanya tertera kod N dan E sahaja yang digunakan.
           Setelah semakan dibuat di Pejabat Pengurusan TNB JITRA dan ALOR SETAR, Pegawai bertugas menyifatkan E digunakan kerana Petugas Bacaan Meter 'GAGAL' membuat bacaan meter kerana diantaranya halangan seperti pintu gate yang berkunci..???? sedangkan memang pun Saya sentiasa menguncinya.
          Luar jangkauan Akal kan?.Dan sekiranya benar, mengapa ianya DI POS???.
 
      Bacaan 13hb Oktober 2010 (terkini = 4052 berwarna biru) hingga 14hb Dis 2011 menunjukan bahawa bill tersebut adalah merujuk kepada Penggunaan Elektrik rumah selama 2 bulan. Bukan bacaan bulanan lagi.

           Jika kita lihat bacaan tersebut adalah sebanyak 751kwh ( 13/10/2011-14/12/2011), Tinggi bukan? Adakan kerana ia termasuk musim perayaan dan cuti sekolah bermakna penggunaan kita tinggi?

        Jawapannya tidak!. Untuk tujuan mengaut keuntungan bagi pembayaran bonus tahunan pekerja TNB, ia sengaja dilakukan.. 751kwh adalah bersamaan RM178.05(sebulan), atau jika dibahagi kepada 2bulan = 375kwh adalah RM81.90(belum ditolak subsidi RM26.38) bermakna jumlah sebenar hanya RM55.52 sahaja.

         Ia dilakukan sekali lagi bagi bacaan 14hb Disember 2010-10hb Feb 2011.
        Menagapa bacaan sebenar dibuat 2 bulan sekali ?..Pegawai berGRADE N17 di Alor Setar telah mengesahkan bahawa "Memang syarikat membuat Bacaan 2 bulan sekali". Awal-awal tadi Beliau lah yang memberitahu saya bahawa bacaan tidak boleh dibuat sekiranya pintu gate berkunci...sekarang 2 bulan sekali pulak?..tunggu...ada lagi....

            Kenapa bill bulan Jun Saya melambung?.."Tariff kenaikan Baru, encik."... saya menunjukkan bill, rumusan bill dan bill-bill yang dihantar Melalui POS....sekali lagi...'Pecah Rahsia'...

            Bagi bacaan bermula 10hb Febuari pula, ianya telah dibawa kehadapan (brought foward) Hingga bulan JUNE 2011. Melibatkan peningkatan penggunaan elektrik rumah kepada 4 BULAN, Lebih menarik tiada bill dikeluarkan pada bulan April. Blok Penggunaannya juga dapat dinaikkan Kepada 2063kwh sebulan?....( Dah macam bill Kedai makan Mamak pulak rasanya rumah saya ni )...Logik ke??!!!....

           Kita perlu tahu purata penggunaa BULANAN biasa bagi kediaman bujang biasanya kurang 200kwh, Bagi kediaman lengkap pula adalah sekitar 200-300kwh manakala bagi keluarga yang besar mungkin sehingga  400kwh(lihat tarif di bhg 1 untuk harga sebulan). Jadi jumlah penggunaan mencecah 2063kwh bukan bacaan sebulan kediaman biasa seandainya anda tidak menjalankan sebarang perniagaan katering atau iks dirumah anda.

          Saya juga diberitahu bahawa Syarikat POS Malaysia terlibat sama mengaut keuntungan apabila DIBAYAR sebanyak RM4 setiap BILL TNB yang di pos kerumah setiap bulan. Yang menanggung? Kita sebagai 'Pengguna' yang ditipu oleh Syarikat Tenaga National Berhad ( T.N.B ).

        Jika pada mulanya bacaan dibuat setiap bulan menjadi 2 bulan sekali, 4 bulan sekali atau 6 bulan sekali.... Mengapa tidak ianya dibuat SETAHUN sekali???..Saya pasti Syarikat akan terus UNTUNG kerana pengguna perlu membayar harga seolah-olah telah tinggal didalam sebuah KILANG atau HOTEL.

        Saya masih menantikan tindakan susulan dari Persatuan Pengguna, KPDN dan Macam-macam lagi kumpulan atau pertubuhan yang kononnya bertanggung-jawab melindungi Hak Pengguna untuk bangkit menyelesaikan masalah ini atau.......mereka juga sememangnya telah terlibat sama?..

Salam....ajim32.
Notes; Projek Jambatan Ke 2 Penang (Penang 2nd Bridge) 2012 akan dimulakan pembinaannya.

Sunday, 3 July 2011

Bil Letrik T.N.B Pada Kenaikan Tarif Baru (Bhg.1)

            Isu kenaikan tarif baru pada Mei memang agak mengemparkan kita...Akan 'Tetapi' berapa ramai sangatkah yang mempunyai kesedaran dan mengambil peduli akan hal yang telah dibincangkan KERAJAAN melalui kabinet ini?..

           Tarif dengan sedikit kenaikan ini memang tidak memberi Impak yang begitu sirius malahan mungkin tidak memberikan apa-apa kesan  kepada 'Ekonomi Rumahtangga Anda'.
           Cuba perhatikan jadual dibawah yang saya smuggle dari salah satu page T.N.B nie


             Jawapan anda........."Rasa masih biasa,..alaaa..siket jew yang naik"....Anda memang 'sepenuh hati' menyerahkan segalanya kepada mereka. Ya, walau apa tindakan kerajaan, kita harus menyokong demi menyatupadukan dan menjayakan konsep 1 Malaysia dan yang penting, membantu mengawal ekonomi Negara .

Syabas!!!!..anda memang warganegara yang taat.

           Tapi apa yang saya kesalkan disini, ialah bagaimana kaedah perlaksanaan ini dilakukan... Cuba luangkan dengan meneliti apa yang saya kumpulkan disini... (tolong enlarge/downloads imej untuk kemudahan anda)

         
            Rekod 'Bacaan Bill' ini telah saya kumpulkan dari bulan Ogos 2010 hingga Jun 2011 rumah yang saya diami sekarang.
             Jika diperhatikan, bermula 13hb Oktober 2010-14hb Disember 2011, Saya mengesan sesuatu yang aneh pada bacaan meter saya. Begitu juga bacaan bagi bulan 14hb Jan 2011- 10hb Febuari...
            'Lagi best' jika anda dapat melihat Bacaan Bill bermula 10hb Feb 2011- 14hb Jun 2011.... 

Macam mana?...nampak ke?
Ikuti bahagian 2. 

Friday, 1 July 2011

KEKOSONGAN JAWATAN

KAMI MEMERLUKAN PEKERJA BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERIKUT :-

-RIGGER SUPERVISOR
-RIGGER
-GENERAL WORKERS

IMMEDIATE VACANCIES THAT STARTS BY JULY 2011 (FIRST BATCH).
LAUNCHING PROJECT BY 2012.
COMPLETION - 3 YEARS PROJECT .
PROJECT TITLE - PENANG 2ND BRIDGE.
LOCATION - PENANG, MALAYSIA.
HOSTEL PROVIDED.

INTERESTED?
SILA PM SAYA ATAU SHOOT CV KE  EMAIL - hyelyn1111@yahoo.com
LAIN-LAIN POST AKAN MENYUSUL KEMUDIAN, DAN DIBERITAHU.

TERIMA KASIH...AJIM32