Salam Semua..
Tengkorak Makhluk Asing
Semalam..(Isnin 25hb Julai 2011), Entah macam mana dalam ‘boring-boring’ Saya layari Tonton.com dan ‘Terlayan’ rancangan Wanita Hari Ini (WHI) saluran TV3 Malaysia yang membawakan topik “Mangsa Fashion”. Tetamu undangannya ialah seorang Pakar Senireka Malaysia, Artis ‘Comel’ Enot yang begitu kesian Imejnya dan ‘Lady Gaga..k’ Malaysia tak lain,tak bukan.. Didie Alias.
Rancangan tersebut cuba memaparkan betapa Artis-artis di Hollywood berpakaian seolah-olah tak cukup kain ketika berada di ‘Red Carpet’. Memang seronok pengacara ‘WHI’ membincangkan topik tersebut kepada Artis Jemputan kita.
Apa yang mendapat perhatian saya bukanlah cara pemakaian Artis kita atau Artis luar tersebut, Tetapi…Cara berpakaian atau fashion ‘Pengacara’ tersebut sendiri ( Rina )..errr..Anda cubalah tengok dan nilai sendiri apa yang dipakainya pada Saya beliau amat memerlukan khidmat seorang perunding fashion sebelum bercakap mengenai fashion.
sumber : slockphoto
Nak lagi ‘best’..dah lama saya tengok gaya bertudungnya. Terus terang Saya katakan, saya memang tidak menggemari wanita yang bangga bertudung sedemikian. Saya akui memang Saya bukan seorang ‘Muslim Sejati’ tetapi saya cukup meluat dengan perbuatan yang boleh Saya ungkap sebagai ‘Menghina’ dan ‘mempersendakan’ Islam itu sendiri.
Bertudung adalah wajib keatas wanita (menutup aurat) daripada dilihat oleh bukan mukhrimnya. Tahniah..Memang Anda tak salah kalau bertudung..’Tetapi’ betulkah cara anda memakainya atau kerana IKUTAN?..
sumber : blogger- blog Artis
Tahukah Anda bahawa seorang ‘NUN’ didalam Kristian bertudung? .Wanita ‘Hindu’ dan dewa ‘Quan Yin’ juga bertudung? ..Cuba lihat kembali gaya tudung Anda…adalah menyedihkan apabila ia menyerupai gaya-gaya mereka dan jauh sekali sebagaimana ianya dituntut dalam Islam. Astaghfirullah hal’azim.. pulangkan lah kami kejalanmu ya Allah..
Ibubapa Moden juga boleh dipersalahkan kerana telah mengajar anak-anak mereka bertudung sedemikian sejak awal usia mereka lagi…contohnya,
Kasihan sungguh bila melihat sicomel ini dijadikan mangsa fashion ibubapanya..sedangkan beliau Cuma faham bahawa “Bertudung adalah menjadi tuntutan didalam Agamanya”..
Ada juga pakar mengatakan bahawa tindakan sedemikian mampu mendatangkan kemudaratan seperti terbantutnya kecerdasan dan daya fikir kanak-kanak tersebut. Ini kerana pada usia yang begitu awal dia telah dikerah membawa satu beban untuk ditampung oleh kepalanya yang pada masa itu merupakan masa yang sangat penting untuk tumbesaran otak si kecil ini.
Gaya ‘Bertudung Islam??’ini juga sering kita lihat dikenakan untuk ke UPACARA PENGKEBUMIAN Masyarakat China, Korea dan juga Jepun.
“Kira gaya Internasional lah juga ni”…
Jadi adalah benar jika Saya katakan bahawa Makhluk Asing yang pernah muncul di Bumi ini memang benar-benar Wujud dan telah lama berada disisi kita hingga kini? Bukan itu sahaja..malahan koloni mereka juga telah beranak-pinak dan mempunyai berbagai variasi..
Mungkin juga selepas ini kita boleh melihat beberapa gaya baru yang bakal menjadi trend generasi yang akan datang seperti….
Ataupun..
Yang lagi comel macam ni….he3…
Salam.









No comments:
Post a Comment