Salam Semua,
Mari kita sambung cerita....pastikan anda faham bahagian 1, kerana Saya akan mendalaminya.
'Bacaan Bulanan' memberi maksud bacaan 'yang dibuat' pada setiap bulan. Tertera dibelakang bill bulanan menjelaskan bahawa Kod N digunakan untuk merujuk Bacaan Bill Sebenar, A -Purata (meter rosak), E-Anggaran di permis, O-Anggaran dipejabat TNB manakala S-Bill Khas.
Jika Anda perhatikan Jadual Saya, hanya tertera kod N dan E sahaja yang digunakan.
Setelah semakan dibuat di Pejabat Pengurusan TNB JITRA dan ALOR SETAR, Pegawai bertugas menyifatkan E digunakan kerana Petugas Bacaan Meter 'GAGAL' membuat bacaan meter kerana diantaranya halangan seperti pintu gate yang berkunci..???? sedangkan memang pun Saya sentiasa menguncinya.
Luar jangkauan Akal kan?.Dan sekiranya benar, mengapa ianya DI POS???.
Bacaan 13hb Oktober 2010 (terkini = 4052 berwarna biru) hingga 14hb Dis 2011 menunjukan bahawa bill tersebut adalah merujuk kepada Penggunaan Elektrik rumah selama 2 bulan. Bukan bacaan bulanan lagi.
Jika kita lihat bacaan tersebut adalah sebanyak 751kwh ( 13/10/2011-14/12/2011), Tinggi bukan? Adakan kerana ia termasuk musim perayaan dan cuti sekolah bermakna penggunaan kita tinggi?
Jawapannya tidak!. Untuk tujuan mengaut keuntungan bagi pembayaran bonus tahunan pekerja TNB, ia sengaja dilakukan.. 751kwh adalah bersamaan RM178.05(sebulan), atau jika dibahagi kepada 2bulan = 375kwh adalah RM81.90(belum ditolak subsidi RM26.38) bermakna jumlah sebenar hanya RM55.52 sahaja.
Ia dilakukan sekali lagi bagi bacaan 14hb Disember 2010-10hb Feb 2011.
Menagapa bacaan sebenar dibuat 2 bulan sekali ?..Pegawai berGRADE N17 di Alor Setar telah mengesahkan bahawa "Memang syarikat membuat Bacaan 2 bulan sekali". Awal-awal tadi Beliau lah yang memberitahu saya bahawa bacaan tidak boleh dibuat sekiranya pintu gate berkunci...sekarang 2 bulan sekali pulak?..tunggu...ada lagi....
Kenapa bill bulan Jun Saya melambung?.."Tariff kenaikan Baru, encik."... saya menunjukkan bill, rumusan bill dan bill-bill yang dihantar Melalui POS....sekali lagi...'Pecah Rahsia'...
Bagi bacaan bermula 10hb Febuari pula, ianya telah dibawa kehadapan (brought foward) Hingga bulan JUNE 2011. Melibatkan peningkatan penggunaan elektrik rumah kepada 4 BULAN, Lebih menarik tiada bill dikeluarkan pada bulan April. Blok Penggunaannya juga dapat dinaikkan Kepada 2063kwh sebulan?....( Dah macam bill Kedai makan Mamak pulak rasanya rumah saya ni )...Logik ke??!!!....
Kita perlu tahu purata penggunaa BULANAN biasa bagi kediaman bujang biasanya kurang 200kwh, Bagi kediaman lengkap pula adalah sekitar 200-300kwh manakala bagi keluarga yang besar mungkin sehingga 400kwh(lihat tarif di bhg 1 untuk harga sebulan). Jadi jumlah penggunaan mencecah 2063kwh bukan bacaan sebulan kediaman biasa seandainya anda tidak menjalankan sebarang perniagaan katering atau iks dirumah anda.
Saya juga diberitahu bahawa Syarikat POS Malaysia terlibat sama mengaut keuntungan apabila DIBAYAR sebanyak RM4 setiap BILL TNB yang di pos kerumah setiap bulan. Yang menanggung? Kita sebagai 'Pengguna' yang ditipu oleh Syarikat Tenaga National Berhad ( T.N.B ).
Jika pada mulanya bacaan dibuat setiap bulan menjadi 2 bulan sekali, 4 bulan sekali atau 6 bulan sekali.... Mengapa tidak ianya dibuat SETAHUN sekali???..Saya pasti Syarikat akan terus UNTUNG kerana pengguna perlu membayar harga seolah-olah telah tinggal didalam sebuah KILANG atau HOTEL.
Saya masih menantikan tindakan susulan dari Persatuan Pengguna, KPDN dan Macam-macam lagi kumpulan atau pertubuhan yang kononnya bertanggung-jawab melindungi Hak Pengguna untuk bangkit menyelesaikan masalah ini atau.......mereka juga sememangnya telah terlibat sama?..
Salam....ajim32.
Notes; Projek Jambatan Ke 2 Penang (Penang 2nd Bridge) 2012 akan dimulakan pembinaannya.

No comments:
Post a Comment